tarian pena mengikut nadi jari...
Puisi ini,
Tercipta dikala ku sunyi,
Pena berirama tanpa bunyi,
Cerita dahulu dan kini,
Akan digabung menjadi isi,
Sekali berkarya takkan ku berhenti.
Puisi ini,
Permulaan diri untuk berseni,
Perasaan gembira tidak terperi,
Akan ku kecapi sehingga nanti,
Puisi indah setiap hari.
Puisi ini,
Ditarikan pena dihujung jari,
Menyuarakan niat kata di hati,
Satu lafaz indah terjadi,
Dengan iramanya tersendiri,
Puisi ini,
Pembakar semangat ke arah seni,
Seni karya yang tiada ganti,
Disimpan sehingga masa terhenti,
Menjadi kenangan di kemudian hari.
Nadi pena,
Nur Khairunnisha Binti Saleh